Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP

YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil telah hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP kepada 65 orang pelajar asnaf di Dewan Seminar SMK Pelabuhan, Kuantan, pada 9 Oktober 2026.

Pada majlis tersebut, cek sumbangan telah diserahkan kepada Pengetua SMK Pelabuhan, Encik Jamzi bin Othman, untuk manfaat para pelajar yang layak menerima bantuan.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan PKPP dalam memperkasa agenda kebajikan masyarakat, khususnya membantu golongan pelajar yang memerlukan sokongan bagi meneruskan perjalanan pendidikan mereka.

Melalui pelaksanaan Zakat Wakalah Korporat, PKPP terus memainkan peranan sebagai pemegang amanah dalam memastikan sumbangan zakat disalurkan secara bersasar, berkesan dan memberi manfaat kepada golongan yang layak.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan, menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus menuntut ilmu dan melakar kejayaan, serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP 1
Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP 2
Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP 3
Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP 4
Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP 5
Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP 6