Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang
[email protected]
Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan zakat perniagaan PKPP untuk tahun 2024 berjumlah RM 3.0 juta di dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan yang berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur. Semoga PKPP terus diberkati.
