Pengurus Pelaburan dan Korporat PKPP merangkap Naib Yang Dipertua 1 Kelab Sukan Dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP), Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim telah hadir ke Majlis Perasmian Kem Aspirasi Anak Soleh pada 29 Disember 2025 di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Kem Jati Diri dan Ibadah (Aspirasi Anak Soleh) selama dua hari mulai 29-30 Disember 2025 ini telah dianjurkan oleh Biro Agama dan Pendidikan KESUKIP dan dikendalikan sepenuhnya oleh Perunding Akademi Ibrah, Kuantan serta berjaya mengumpulkan seramai 42 orang anak-anak ahli KESUKIP.
Objektif penganjuran adalah:
1. Memberi kefahaman tentang adab dan akhlak.
2. Meningkatkan kemahiran pengurusan diri & teknologi.
3. Menghayati ibadah harian secara praktikal.
4. Memupuk ukhuwah antara anak anggota perkhidmatan PKPP.
5. Membina keyakinan diri sebagai Muslim.
Semoga dengan penganjuran Kem Aspirasi Anak Soleh anjuran Biro Agama dabn Pendidikan KESUKIP ini diharap dapat membentuk sahsiah anak-anak ahli KESUKIP agar menjadi insan berakhlak mulia, berdisiplin serta berilmu.
Program ini turut bertujuan menyemai nilai keagamaan, jati diri dan semangat kepimpinan sejak usia muda, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan anak-anak anggota perkhidmatan PKPP.