Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Ladang PKPP Paloh Hinai dan Ladang PKPP Sri Jelutong, Pekan telah diadakan pada 17 April 2025 yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengurusan Kanan PKPP, Pengurusan dan kakitangan PKPP Agro Sdn. Bhd.
Majlis perasmian diserikan dengan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
Semoga kompleks pejabat yang serba lengkap ini menjadi pemangkin kepada Pengurusan dan Kakitangan PASB untuk meningkatkan usaha dan hasil kepada PASB khasnya dan PKPP amnya.
Diharapkan juga ukhwah yang terjalin semasa majlis sambutan hari raya akan terus berkekalan demi kemajuan semua pihak