Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Woodball Tertutup PKPP 2025

Ketua Pegawai Eksekutif PKPP merangkap Presiden Persatuan Woodball Pahang, YH Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus bersama-sama Pengurus-Pengurus Besar anak-anak syarikat Kumpulan PKPP hadir dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Woodball Tertutup PKPP 2025.
 
Kejohanan yang berlangsung di Laman Woodball De Rhu Beach Resort ini adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) PKPP dan penyertaan melibatkan kelab-kelab sukan dan kebajikan dibawah naungannya. Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup sihat di kalangan anggota perkhidmatan selain memupuk minat kepada sukan Woodball.
 
Penyertaan kali ini adalah seramai 125 orang pemain meliputi beberapa acara seperti Individu/Berpasukan Lelaki dan Wanita, Bergu Lelaki/Wanita/Campuran, Gate-In-One (GIO) selain penentuan Juara Keseluruhan yang telah dimenangi oleh Kenanga Utuh Sdn Bhd (KUSB) sebanyak 3 kali berturut-turut.
 
Dalam ucapan perasmian/penutupan, Ketua Pegawai Eksekutif menzahirkan penghargaan kepada semua semua yang terlibat dari segi penganjuran, perjalanan serta penyertaan yang memberangsangkan. Beliau turut merakamkan perhargaan kepada kepada De Rhu Beach Resort di atas usaha selama ini menyelenggara laman Woodball yang wujud semenjak tahun 2020 sehingga menjadi antara yang tercantik dan menarik di Malaysia.