Majlis Solat Hajat, Tahlil serta Majlis Memotong Kek Sempena Ulang Tahun PKPP Ke-56 telah diadakan pada 14 November 2025 di Ibu Pejabat PKPP.
Majlis penuh kesyukuran ini telah dihadiri oleh Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, bersama Pengurusan Kanan PKPP dan Anak Syarikat Kumpulan PKPP serta anggota perkhidmatan PKPP.
Majlis dianjurkan bertujuan menzahirkan rasa syukur diatas pencapaian PKPP sepanjang 56 tahun penubuhannya dan memohon keberkatan Allah SWT agar perjalanan serta perancangan PKPP terus dipermudahkan serta kekal diberi kekuatan dan keteguhan dalam melaksanakan amanah pembangunan negeri. Majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning dan kek ulang tahun sebagai simbolik penghargaan terhadap kecemerlangan dan komitmen seluruh anggota perkhidmatan PKPP.
Semoga ulang tahun ini menjadi pemangkin kepada PKPP untuk terus memperkukuh peranan sebagai agensi pembangunan pertanian negeri yang berdaya saing, profesional dan berimpak tinggi. Diharapkan kerjasama dan kesepaduan anggota perkhidmatan PKPP akan terus dipertingkatkan demi memastikan setiap agenda strategik berjaya dilaksanakan untuk manfaat rakyat dan kemajuan Pahang.
#PKPP PEMACU PERTANIAN LESTARI 2030