Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESUKIP) kali ke-2

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESUKIP) kali ke-2 telah berlangsung di Dewan ILI, PKPP.
 
Di dalam ucapan perasmian, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus selaku Yang Dipertua KESUKIP mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kontinjen KESUKIP di atas usaha dan keringat yang dicurahkan seterusnya meraih tempat kedua dalam acara Karnival Sukan PKPP yang turut disertai oleh anak-anak syarikat Kumpulan PKPP baru-baru ini.
 
Walaupun karnival sukan yang diadakan memberi fokus kepada persediaan menghadapi MAKSPEN akan datang, aktiviti KESUKIP harus diperluaskan lagi supaya dapat melibatkan ahli-ahli pada setiap peringkat umur serta mempunyai kecenderungan dan bakat-bakat selain sukan yang boleh diketengahkan.