Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) Kali ke-3 telah diadakan pada 14 Oktober 2025 bertempat di Dewan ILI, Kuantan.
Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus merangkap Yang Dipertua KESUKIP telah merasmikan mesyuarat agung pada tahun ini. Turut hadir bersama adalah barisan Pengurusan Kanan PKPP serta ahli-ahli KESUKIP.
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan kewangan kelab bagi tahun 2024, selain membincangkan perancangan program dan hala tuju kelab bagi tahun 2025/2027.
Yang Hormat Dato’ turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan jawatankuasa KESUKIP atas komitmen yang berterusan dalam memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan ahli KESUKIP. Yang Hormat Dato' turut menyeru agar KESUKIP terus menjadi platform yang berdaya saing untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, disiplin, dan kesejahteraan anggota perkhidmatan PKPP.
Semoga mesyuarat agung pada kali ini akan menjadi titik tolak kepada peningkatan kualiti pengurusan kelab, di samping memperkukuhkan peranan KESUKIP sebagai wadah penting dalam membangunkan budaya kerja sihat, ceria dan produktif di Ibu Pejabat PKPP.