Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan (JKP) PKPP Kali Pertama Tahun 2026 telah diadakan pada 12 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan PKPP Jalan Gambut, Kuantan.
Pengarah Pembangunan Negeri Pahang merangkap Ahli Lembaga Pengarah PKPP, YH Dato' Razihan Bin Azharuddin telah mempengerusikan mesyuarat ini.
Antara perkara yang dibincangkan:
1. Laporan Prestasi Kewangan Anak Syarikat dan Syarikat Bersekutu Kumpulan PKPP berakhir 31 Disember 2025;
2. Laporan Prestasi Pelaksanaan Pelan Strategik Kumpulan PKPP 2025-2029 berakhir 31 Disember 2025; dan
3. Pembentangan beberapa kertas cadangan pelaburan PKPP yang berpotensi.
JKP memainkan peranan yang penting di dalam meneliti peluang-peluang pelaburan sebelum pengesyoran dibuat untuk dipertimbangkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP.
Di dalam ucapan aluannya, YH Dato Pengerusi merakamkan penghargaan dan terima kasih khasnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PKPP kerana kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau untuk menerajui JKP.
Semoga dengan pengalaman yang dimiliki oleh beliau, akan dapat digembeling demi kemajuan PKPP.





