Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 pada 27 Februari 2026 di De Rhu Beach Resort, Kuantan.

Pelbagai perkara penting dalam memperkukuh hala tuju PKPP dalam sektor pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit dan aktiviti pertanian yang dibincangkan dalam mesyuarat ini. Tidak ketinggalan, agenda kesejahteraan penduduk Negeri Pahang terutamanya Peserta Rancangan Sosial PKPP turut dibincangkan.

Semoga keputusan strategik dan mampan dari mesyuarat ini akan menberikan outcome yang terbaik kepada kemajuan PKPP khasnya serta pembangunan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang amnya.

PKPP komited untuk melaksanakan inisiatif yang berdaya maju serta menyokong dasar-dasar kerajaan negeri dalam memastikan sektor perladangan dan pertanian kekal mampan dan berdaya saing.

Seusai mesyuarat, YAB Menteri Besar Pahang bersama-sama semua Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Anggota Perkhidmatan PKPP menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang telah diaturkan dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Penganjuran majlis ini memberi ruang kepada semua anggota perkhidmatan untuk beramah mesra dengan ahli lembaga pengarah selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta meningkatkan komitmen seluruh Anggota Perkhidmatan PKPP dalam memacu kecemerlangan PKPP.

Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa 1
Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa 2
Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa 3
Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa 4
Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa 5
Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 & Majlis Berbuka Puasa 6