Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP

Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP telah berlangsung di Bilik Gerakan PKPP, Kuantan pada 19 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Yang Berusaha Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membentangkan prestasi kewangan anak syarikat Kumpulan PKPP bagi tahun 2025 serta membincangkan hala tuju Kumpulan PKPP dan anak syarikat PKPP bagi tahun 2026.

Selain menjadi platform menilai pencapaian semasa, mesyuarat ini turut berperanan sebagai medium mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang wujud, di samping membincangkan strategi serta pelan tindakan yang lebih berkesan dalam meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan kelestarian kewangan organisasi terus diperkukuh.

Semoga perancangan dan strategi yang dirangka menjadi pemacu kepada prestasi lebih cemerlang, mampan dan berdaya saing demi memperkukuh pertumbuhan Kumpulan PKPP pada masa hadapan.

Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP 1
Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP 2
Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP 3
Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP 4
Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP 5
Mesyuarat Pembentangan Prestasi Kewangan Anak Syarikat Kumpulan PKPP 6