Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pengurus-Pengurus Besar Anak Syarikat Kumpulan PKPP telah berlangsung pada 10 Februari 2026 di Bilik Gerakan PKPP, dipengerusikan oleh Yang Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus.
Mesyuarat ini bertujuan:
1. Menyelaras perkara-perkara berbangkit antara PKPP dan anak syarikat;
2. Menjadi platform tindakan dan keputusan segera;
3. Memperkukuh penyampaian maklumat dan hala tuju strategik Kumpulan PKPP; dan
4. Memberi ruang kepada Pengurus-Pengurus Besar melaporkan cabaran operasi, isu tadbir urus dan risiko utama syarikat.
Dalam masa yang sama, turut diadakan dua pembentangan oleh:
1. Puan Nazatul Niza Binti Nordin, Ketua Eksekutif Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), berkaitan pelaksanaan program latihan kemahiran dan TVET serta peluang berkolaborasi strategik bersama PKPP bagi sektor perladangan dan komoditi, selaras dengan keperluan industri semasa;
2. Topcon Positioning Asia (M) Sdn. Bhd. mengenai Pertanian Tepat (Precision Agriculture Solution).
Semoga hasil pertemuan ini dapat memperkukuh sinergi Kumpulan PKPP serta menyokong pembangunan sektor perladangan dan pertanian yang mampan, berdaya saing dan berteraskan teknologi moden demi kemajuan PKPP dan Negeri Pahang amnya.





