Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Mini Tournament Woodball KESUKIP 2025

Mini Tournament Woodball KESUKIP 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 26 Oktober 2025 bertempat di Laman Woodball, De Rhu Beach Resort, Sungai Karang, Kuantan.
 
Kejohanan ini disertai oleh anggota perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan dianjurkan sebagai medan pemilihan pemain bagi mewakili PKPP ke Kejohanan Woodball PKPP 2025. 
 
Turut memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus, yang berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan. Kehadiran beliau turut menyuntik semangat kepada semua peserta untuk terus aktif dan cemerlang dalam aktiviti sukan serta kebajikan anggota perkhidmatan PKPP.
 
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan woodball, malah turut memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama dan ukhwah dalam kalangan anggota perkhidmatan PKPP.
 
Diharapkan agar anggota perkhidmatan PKPP yang terpilih nanti dapat terus berlatih dengan gigih, meningkatkan prestasi, dan mengharumkan nama PKPP di peringkat seterusnya. Semoga semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam kejohanan ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang positif, produktif dan berpasukan dalam kalangan seluruh anggota perkhidmatan PKPP.