Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus bersama Pengurusan PKPP telah menyertai NATIONAL CONFERENCE ON INTEGRITY & GOVERNANCE (NCIG) 2025 pada 7 hingga 8 Oktober 2025 bertempat di Pullman Hotel, Kuching, Sarawak dengan bertemakan " Reimagining Governance for People, Planet & Profit"
Objektif utama NCIG 2025 adalah untuk memupuk budaya integriti dan menggalakkan amalan tadbir urus yang baik dalam urusan serta pentadbiran organisasi.
Semoga dengan penyertaan di NATIONAL CONFERENCE ON INTEGRITY & GOVERNANCE (NCIG) 2025 ini akan dapat memperkukuhkan budaya integriti, kecekapan tadbir urus, memperluas jaringan strategik bagi melaksanakan pembangunan yang telus, beretika dan mampan, seiring dengan usaha membentuk anggota perkhidmatan PKPP yang berintegriti, profesional dan bertanggungjawab.