Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Palm Oil Economic Review & Outlook Seminar R&O 2026

Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus bersama Pengurusan Tertinggi PKPP telah menyertai Palm Oil Economic Review & Outlook Seminar R&O 2026 pada 12 hingga 13 Januari 2026 bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. 

Seminar tahunan anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan memperlihatkan prestasi industri sawit Malaysia sepanjang tahun 2025 serta perancangan bagi pertumbuhan industri sawit untuk tahun 2026.

Penyertaan Pengurusan Tertinggi PKPP dalam seminar ini merupakan satu komitmen untuk memperkukuhkan peranan PKPP dalam merancang serta membangunkan industri kelapa sawit yang mampan, selaras dengan agenda nasional dan aspirasi global.

Antara objektif utama seminar iadalah:
1.⁠ ⁠Sebagai medium perkongsian maklumat mengenai prestasi industri kelapa sawit Malaysia serta unjuran prestasinya bagi tahun semasa. 
2.⁠ ⁠Memberi tumpuan kepada inisiatif Kerajaan dalam membantu industri ini untuk terus mengekalkan daya saing dan kelestariannya. 
3.⁠ ⁠⁠Menyediakan platform untuk perbincangan dan pertukaran pandangan dalam memperkukuhkan lagi peranan industri minyak sawit dan lemak global.
4.⁠ ⁠Memperlihatkan idea-idea baharu dan inovasi yang boleh diterapkan dalam operasi perladangan PKPP bagi memastikan kelestarian industri kelapa sawit negara.

Semoga dengan penyertaan dalam seminar ini, PKPP akan terus komited untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju industri kelapa sawit negeri Pahang melalui pemerkasaan rantaian nilai, peningkatan produktiviti dan kecekapan operasi, serta pengamalan tadbir urus dan kelestarian yang menyeluruh serta memastikan pertumbuhan mampan Kumpulan PKPP.