Yang Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus telah merasmikan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang 2023-2027 di De Rhu Beach Resort, Kuantan pada 8 Mei 2025.
OACP PKPP 2023-2027 menggariskan tujuh (7) strategi utama, disokong oleh tiga belas (13) objektif strategi, serta diterjemahkan melalui empat puluh empat (44) inisiatif yang menyeluruh dan bersifat praktikal.
Pelan ini bukan sahaja memberi penekanan kepada kawal selia dalaman, malah turut meliputi aspek peningkatan kecekapan sistem, pengukuhan budaya kerja berintegriti dan pemantauan berterusan yang sistematik serta memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua peringkat warga kerja PKPP.
Bersempena pelancaran majlis ini, turut diadakan Program Wacana Integriti yang bertajuk “Integriti Didampingi, Rasuah Dijauhi”yang telah disampaikan oleh pegawai SPRM Pahang.
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih telus, berakauntabiliti dan berwibawa dalam mendukung aspirasi Kerajaan Negeri Pahang.