YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama-sama Pengurusan Kanan PKPP telah hadir ke sesi Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang (PPL) PKPP sehingga 31 Ogos 2025 pada 5 November 2025 di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan.
Turut hadir bersama ialah Pengurus Besar-Pengurus Besar dari tiga Ejen Pengurusan Ladang PKPP iaitu:
1. LKPP Corporation Sdn.Bhd. ( LCSB);
2. PKPP Plantation Sdn.Bhd. (PPSB) dan;
3. PKPP Agro Sdn.Bhd. (PASB).
Pembentangan ini adalah bertujuan untuk membentangkan prestasi ladang-ladang kelapa sawit PKPP sehingga 31 Ogos 2025 serta perancangan untuk tahun 2026.
Selain daripada itu, turut dibentangkan:
1. Isu semasa dan usaha penambahbaikan yang dilaksanakan di ladang-ladang PKPP oleh tiga ejen pengurusan.
2. Prestasi bagi tanaman-tanaman lain seperti kelapa, durian dan longan.
Harapan daripada sesi ini supaya prestasi cemerlang bagi tanaman kelapa sawit serta tanaman sumber kekayaan baharu yang lain dapat dicapai sekaligus dalam memastikan agenda dan perancangan Kumpulan PKPP dilaksanakan sebagaimana yang dirancang selaras dengan Pelan Strategik Kumpulan PKPP. Semoga segala perancangan serta usaha yang digariskan dalam sesi ini akan menjadikan Kumpulan PKPP sebagai agensi terunggul dalam bidang pertanian khasnya dalam sektor perladangan kelapa sawit di negeri Pahang.