Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]
Perjumpaan YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP 2026

Perjumpaan YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP 2026

Perjumpaan YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, bersama Pengurusan Kanan serta anggota perkhidmatan PKPP telah diadakan pada 7 Januari 2026 bertempat di Dewan ILI, Jalan Gambut, Kuantan.

Perjumpaan ini bertujuan menyampaikan amanat Ketua Pegawai Eksekutif serta berkongsi pencapaian PKPP sepanjang tahun 2025 hasil komitmen dan kerjasama berpasukan anggota perkhidmatan PKPP.

Dalam perjumpaan ini, YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif turut menekankan kepentingan budaya kerja yang baik, berintegriti dan profesional, di samping menjelaskan beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dan dipraktikkan oleh anggota perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.

Semoga perjumpaan ini dapat memperkukuhkan kefahaman, menyatukan hala tuju serta menyemarakkan semangat dan komitmen anggota perkhidmatan PKPP dalam merealisasikan visi dan misi PKPP pada tahun 2026.

Di majlis yang sama, turut diadakan penyerahan surat Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Kanan PKPP kepada:

1. Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim, atas kenaikan pangkat ke Gred N14 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP;
2. ⁠Encik Megat Juhari Shazerin Bin Nazeri, atas kenaikan pangkat ke Gred N13 dan ditempatkan sebagai Pengurus Pelaburan dan Korporat PKPP; dan
3. ⁠Encik Muhammad Asyraf bin Md. Nazir, atas kenaikan pangkat ke Gred N12 dan ditempatkan sebagai Pengurus Projek Sosial PKPP.

Tahniah dan Syabas.

PKPP yakin dengan pengalaman luas, komitmen tinggi dan rekod perkhidmatan cemerlang yang dimiliki, ketiga-tiga Pegawai akan terus memberi sumbangan dalam memperkukuhkan tadbir urus PKPP serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat terutama kerajaan negeri Pahang.