Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Persidangan S-GLC Pahang 2025

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus telah membentangkan prestasi PKPP tahun 2024 dan sehingga 30 Jun 2025 dalam Persidangan S-GLC Pahang 2025 yang telah diadakan pada 25 hingga 28 September 2025 bertempat di Bertam Resort & Waterpark, Pulau Pinang.
 
Persidangan yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang bertemakan “Elevating Pahang : Competitive, Resilient, People-Centric”.
 
Semasa sesi persidangan ini, pencapaian dan kejayaan PKPP dalam memperkukuhkan sektor pertanian negeri terutamanya perladangan kelapa sawit dan pertanian lain melalui strategi bersepadu yang berteraskan daya saing, ketahanan ekonomi, kelestarian serta kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh 2018 hingga 2025 telah dibentangkan. Sebagai menzahirkan komitmen PKPP dalam menyokong agenda pembangunan dan meningkatkan hasil negeri, sejumlah lebih RM31 juta telah disumbang dalam bentuk sumbangan langsung dan tidak langsung kepada Kerajaan Negeri Pahang.
 
Melalui persidangan ini juga, PKPP berharap agar kerjasama strategik yang telah terjalin di antara semua S-GLC Pahang terus diperkukuhkan dalam usaha menjadikan pembangunan negeri terutamanya dalam sektor pertanian terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih kompetitif, berdaya tahan dan berorientasikan rakyat.
 
Persidangan ini juga diharap menjadi platform terbaik untuk perkongsian ilmu, amalan terbaik dan pencetus inovasi ke arah pembangunan sosioekonomi Pahang yang inklusif dan mampan.