Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Pickleball PKPP yang diterajui oleh Encik Megat Juhari Shazerin Bin Nazeri, selaku Pengurus Pasukan kerana telah berjaya menjuarai Pertandingan Pickleball sempena Persidangan S-GLC PAHANG 2025 di Playground 6, Semambu, Kuantan pada 23 Ogos 2025.
Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil. Kejayaan ini membuktikan semangat kesungguhan, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama PKPP di pentas persaingan serta membuktikan anggota perkhidmatan kumpulan PKPP bukan sahaja cemerlang dalam tugasan harian, malah turut menyerlah dalam bidang sukan dan riadah.
Dengan kejayaan ini, diharapkan pasukan PKPP akan terus mengekalkan momentum, memperkukuh semangat juang serta menjadi inspirasi kepada seluruh anggota perkhidmatan kumpulan PKPP untuk terus bersatu, melakar kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan.
Tahniah dan Syabas Pasukan Pickleball PKPP.