Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Pertandingan Sukan E-Sport MLBB S-GLC 2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan E-Sport MLBB Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang PKPP yang diterajui oleh Encik Mohammad Syafi Azim Bin Mohd Razam, selaku Pengurus Pasukan kerana telah berjaya menjuarai Pertandingan Sukan E-Sport MLBB sempena Persidangan S-GLC PAHANG 2025 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan pada 6 September 2025.
 
Kejayaan ini membuktikan semangat kesungguhan, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama PKPP di pentas persaingan serta membuktikan anggota perkhidmatan kumpulan PKPP bukan sahaja cemerlang dalam tugasan harian, malah turut menyerlah dalam bidang sukan dan riadah.
 
Dengan kejayaan ini, diharapkan pasukan PKPP akan terus mengekalkan momentum, memperkukuh semangat juang serta menjadi inspirasi kepada seluruh anggota perkhidmatan kumpulan PKPP untuk terus bersatu, melakar kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan.
 
Tahniah dan Syabas Pasukan E-Sport MLBB PKPP.