Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) sekali lagi membuktikan semangat juang dan kecemerlangan apabila muncul Naib Juara keseluruhan Pesta Sukan S-GLC Pahang 2025 yang berlangsung sempena Persidangan S-GLC Pahang 2025 di Bertam Resort & Waterpark, Pulau Pinang pada 26 – 28 September 2025.
PKPP turut mempamerkan prestasi terbaik dengan meraih tempat kedua dalam acara Golf, sekali gus membuktikan kemampuan kontingen PKPP bersaing di pelbagai acara sukan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontingen PKPP yang telah mengharumkan nama PKPP melalui komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini. Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat martabat PKPP sebagai agensi peneraju pembangunan pertanian negeri, malah mencerminkan semangat yang sentiasa membawa nama organisasi ke tahap yang lebih tinggi.