Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong pembangunan sektor agromakanan negeri menerusi penyertaan dalam MAHA Pahang 2026 yang berlangsung di Dataran Raub, Pahang mulai 23 hingga 26 Julai 2026.

Menerusi booth PKPP, Kumpulan PKPP tampil mengetengahkan kepelbagaian produk dan hasil keluaran masing-masing, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat potensi, inovasi serta keupayaan Kumpulan PKPP dalam menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian dan agromakanan negeri.

Majlis perasmian MAHA Pahang 2026 telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 25 Julai 2026.

Bertemakan “Agro Lestari Bina Negeri”, MAHA Pahang 2026 menjadi platform strategik untuk memperkasa dan memperkukuh sektor agromakanan negeri melalui promosi hasil pertanian, penerapan inovasi dan teknologi pintar serta peluasan pasaran usahawan tempatan. Pada masa yang sama, penganjuran ini turut menyemarakkan minat generasi muda untuk meneroka bidang pertanian moden sebagai kerjaya dan sektor masa hadapan.

Penyertaan PKPP pada tahun ini bukan sekadar mempamerkan produk, tetapi membawa bersama aspirasi untuk terus menjadi pemacu pembangunan agro negeri — menyuburkan inovasi, memperluas peluang dan membina masa depan pertanian Pahang yang lebih mampan, berdaya saing dan bernilai tinggi.

PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri 1
PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri 2
PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri 3
PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri 4
PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri 5
PKPP Meriahkan MAHA Pahang 2026, Agro Lestari Bina Negeri 6