Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat dengan menyampaikan Sumbangan Zakat Wakalah Korporat PKPP kepada NGO di bawah naungan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Pahang (PEKAYA).

Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil kepada YH Dato’ Sri Haji Ishak bin Hj Muhamad, Pengerusi PEKAYA Pahang, dalam satu majlis yang berlangsung di Akademi YASA, Indera Mahkota, Kuantan pada 7 September, 2026.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan PKPP dalam menyokong usaha kebajikan serta membantu golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan komuniti kebajikan di Negeri Pahang.

Melalui pelaksanaan Zakat Wakalah Korporat, PKPP turut memainkan peranan sebagai pemegang amanah dalam memastikan manfaat zakat dapat disalurkan secara lebih bersasar dan berkesan kepada pihak yang layak.

PKPP merakamkan penghargaan kepada PEKAYA serta 10 NGO penerima sumbangan atas komitmen dan usaha berterusan dalam memperkasa kebajikan masyarakat.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan, memberi manfaat kepada penerima serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat 1
PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat 2
PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat 3
PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat 4
PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat 5
PKPP Santuni Anak-Anak Yatim melalui Zakat Wakalah Korporat 6