Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M

YBrs. Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP telah mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) menerima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1448 Hijrah/2026 Masehi yang berlangsung pada 17 Jun 2026 di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis.

Anugerah tersebut telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Penganugerahan ini turut mencerminkan penghargaan terhadap komitmen berterusan PKPP dalam memperkasa pembangunan Islam di Negeri Pahang melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat. Antara sumbangan utama PKPP ialah pembangunan infrastruktur dan kemudahan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) di Mukim Sungai Karang, Kuantan, pewakafan bangunan dan tanah MTTNP seluas 10,760 meter persegi kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), serta pewakafan sebahagian tanah di Mukim Chini, Pekan seluas 0.809 hektar bagi tujuan pembinaan masjid. PKPP juga telah melakar sejarah sebagai agensi Kerajaan Negeri Pahang yang pertama melaksanakan pewakafan tanah kepada MUIP.

Selain itu, PKPP turut menyalurkan sumbangan tahunan berjumlah RM1 juta kepada MTTNP dan MTTNP Cawangan Lipis, melaksanakan sumbangan Ramadan tahunan kepada masjid-masjid dan surau-surau di bawah rancangan sosial PKPP serta mengagihkan zakat wakalah kepada golongan yang layak. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PKPP dalam menyokong pembangunan ummah, memperkukuh institusi Islam dan menyantuni masyarakat di Negeri Pahang.

Penganugerahan ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan yang amat bermakna kepada PKPP atas komitmen berterusan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong agenda pembangunan Negeri Pahang. Pengiktirafan ini mencerminkan kepercayaan terhadap peranan PKPP sebagai agensi pembangunan negeri yang sentiasa berusaha menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab sosial demi kesejahteraan rakyat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk PKPP terus memperluas manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negeri yang inklusif, mampan dan sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh anggota perkhidmatan PKPP atas pengiktirafan yang membanggakan ini.

PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M 1
PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M 2
PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M 3
PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M 4
PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M 5
PKPP Terima Anugerah Inovasi Jabatan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1448H/2026M 6