Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) turut serta mengambil bahagian dalam Program Agihan Bubur Lambuk sempena Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Pahang 1446H/2025M bertempat di Padang MBK 1 berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada 21 Mac 2025.
Selain bubur lambuk, juadah lain yang turut diagihkan adalah murtabak dan kuih-muih. Sumbangan juadah berbuka ditaja oleh PKPP dan anak syarikat Kumpulan PKPP.
Semoga program ini akan terus menyemarakkan semangat Ramadan serta mengeratkan hubungan antara PKPP dan masyarakat setempat melalui tradisi berbuka puasa bersama.