Program Fun Walk PKPP 2025 telah berjaya dianjurkan pada 4 Oktober 2025 bertempat di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan. Program ini telah disempurnakan dengan acara pelepasan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Yang Hormat Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus bersama-sama barisan pengurusan kanan PKPP.
Objektif program adalah sebagai wadah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota perkhidmatan serta dapat mempertingkatkan mutu dan produktiviti perkhidmatan. Program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan PKPP dalam kalangan anggota perkhidmatan, selain menyemarakkan semangat bekerjasama dan mengeratkan ikatan silaturahim yang kukuh antara anggota perkhidmatan PKPP.
Semoga program sebegini diharapkan dapat terus menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh warga PKPP dalam aktiviti sihat, berfaedah serta memperkukuhkan budaya kerja berpasukan ke arah kecemerlangan organisasi.