Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang
[email protected]
Program Hari Kesedaran Keselamatan dan Pekerjaan PKPP telah diadakan di Dewan Ili PKPP dengan acara yang meliputi senamrobik, ceramah Kesedaran dan Keselamatan Kebakaran oleh Safety Protection Academy, ceramah Kesihatan Pergigian oleh Klinik Pergigian Ima Dental serta ceramah Asas Pertolongan Cemas oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Semoga anggota perkhidmatan dapat manfaatkan perkongsian ilmu yang diberikan serta bersiap siaga dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan yang melibatkan nyawa mahupun harta benda. Selain itu, hendaklah sentiasa mematuhi garis panduan berkaitan polisi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam meningkatkan kecekapan kerja yang lebih berkualiti.





