Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) serta anak syarikat Kumpulan PKPP telah turut serta dalam Program Ihya Ramadan Kumpulan PKPP sempena Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Pahang 1447H/2026M bertempat di Padang MBK 1 berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada 6 Mac 2026.
Pelbagai juadah berbuka telah disediakan oleh Kumpulan PKPP untuk sama-sama diagihkan kepada orang ramai.
Semoga program ini akan terus menyemarakkan semangat Ramadan serta mengeratkan hubungan antara Kumpulan PKPP dan masyarakat setempat melalui pengkongsian juadah berbuka puasa.





