Bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan yang mulia terutamanya 10 hari terakhir, PKPP telah manganjurkan “Program Ihya’ Ramadan PKPP 1446H” bagi menyemarakkan Semangat Ukhwah & Kebersamaan bertempat di Ibu Pejabat PKPP Jalan Gambut pada 24 Mac 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus, Pengurusan Kanan serta semua anggota perkhidmatan PKPP telah bersama-sama bergotong-royong memasak bubur lambuk.
Selain bubur lambuk, PKPP juga menyediakan juadah berupa roti john dan murtabak untuk diagihkan kepada semua anggota perkhidmatan PKPP.
Semoga program diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang demi memperkukuh silaturahim, menyuburkan rasa syukur, serta membawa keberkatan dan rahmat kepada PKPP dan juga anggota perkhidmatan PKPP.




