Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Program Korban Pkpp 2025 Anjuran Biro Agama Kesukip

Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) telah menganjurkan Program Ibadah Korban bertempat di Ibu Pejabat PKPP, Jalan Gambut, Kuantan pada 10 Jun 2025.
 
Program tahunan ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan yang sentiasa dinantikan, khususnya dalam menyemarakkan semangat ibadah, perpaduan, dan keprihatinan dalam kalangan anggota perkhidmatan PKPP.
Seramai 60 orang petugas telah bergotong-royong melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan dan menjayakan setiap peringkat kerja – daripada penyembelihan, melapah, membungkus, hinggalah kepada pengagihan daging korban kepada pihak-pihak yang telah dikenal pasti.
 
Melalui penganjuran program ini, pihak Biro Agama KESUKIP berharap agar nilai-nilai murni seperti semangat gotong-royong, kesedaran sosial, serta sifat pemurah dan prihatin terhadap masyarakat yang kurang berkemampuan dapat terus disemai dan diamalkan oleh seluruh anggota perkhidmatan PKPP.
 
Secara keseluruhannya, Program Korban PKPP 2025 telah berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan.
Diharapkan program sebegini akan terus dilestarikan pada masa akan datang, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan spiritual anggota perkhidmatan PKPP terhadap masyarakat sekeliling.