Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai

Menguasai Sifir, Membina Keyakinan

Usaha memupuk kecemerlangan akademik anak-anak terus diperkasa menerusi Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai yang telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Kuantan pada 18 Julai 2026.

Program anjuran Biro Agama dan Pendidikan Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) ini berjaya menghimpunkan 35 orang anak ahli KESUKIP yang berpeluang mengikuti sesi pembelajaran interaktif bersama Cikgu Saifuddin bin Hashim @ Cikgu Sai Edufluencer. Melalui pendekatan yang kreatif, santai dan menyeronokkan, peserta didedahkan kepada teknik menguasai sifir dengan lebih pantas, sekali gus menyemai minat mendalam terhadap Matematik sejak usia muda.

Objektif program adalah:

* Meningkatkan penguasaan sifir dikalangan peserta melalui kaedah interaktif dan permainan pendidikan;

* ⁠Melatih kepantasan menjawab sifir; dan

* ⁠Meningkatkan minat terhadap Matematik.

Inisiatif ini bukan sekadar memperkukuh penguasaan sifir, malah membina keyakinan diri, merangsang pemikiran pantas serta membentuk sikap positif terhadap pembelajaran. PKPP percaya pelaburan dalam pembangunan ilmu dan potensi anak-anak hari ini merupakan asas penting dalam melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

“Anak Hebat Bermula Dengan Asas Yang Kukuh, Kejayaan Bermula Dengan Ilmu.”

Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai 1
Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai 2
Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai 3
Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai 4
Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai 5
Program Kuasai Sifir Bersama Cikgu Sai 6