Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Program Latihan dan Pertandingan Menembak (Shotgun & Pistol)

Program Latihan dan Pertandingan Menembak (Shotgun & Pistol) Bagi Anggota Perkhidmatan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah diadakan di Lapang Sasar Kem PGA Galing, Kuantan pada 11 Jun 2025 yang melibatkan 25 peserta.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus turut hadir bersama-sama Pengurusan Kumpulan PKPP.
 
Tujuan Program Latihan Menembak PKPP ini diadakan adalah :-
1. Untuk meningkatkan kecekapan penggunaan senjata api dikalangan pemegang lesen C&U PKPP sediada;
2. ⁠Sebagai latihan asas bagi pemohon lesen C&U PKPP yang baru;
3. ⁠Memperkukuh Kerjasama Strategik dan hubungan baik serta profesional antara PKPP dan PDRM melalui perkongsian ilmu, latihan dan pengalaman, dan;
4. Pembentukan disiplin dan tanggungjawab serta menanam nilai integriti, disiplin, dan rasa tanggungjawab dalam kalangan anggota semasa mengendalikan senjata.
 
PKPP merakamkan setinggi penghargaan kepada PDRM khasnya kepada ASP Mohd Helmi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Logistik & Teknologi IPD Kuantan dan Inspektor Norizan bin Haji Othman, Ketua Cawangan Persenjataan IPD Kuantan serta pasukan di atas bimbingan ilmu serta bantuan yang diberikan bagi menjayakan program ini semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi dimasa hadapan.
 
Semoga hasil daripada program ini akan dapat mewujudkan Budaya Keselamatan yang Proaktif dikalangan pemegang lesen selain dapat memupuk budaya peka keselamatan dalam kalangan anggota PKPP bagi mengurangkan risiko kecuaian dan insiden yang tidak diingini.