Pada 25 November 2025 yang lalu, satu Program Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Bersepadu Ekonomi Kampung (PROSPEK) Raub oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diadakan bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang.
Delegasi daripada pihak KKDW telah diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Hartini binti Mohd Nasir, Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Tanah dan Wilayah, KKDW. Manakala, delegasi PKPP turut disertai oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Shahiruddin bin Ab Moin, merangkap Timbalan Pengerusi PKPP, Yang Hormat Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif PKPP dan anggota perkhidmatan daripada Bahagian Projek Sosial dan Pejabat Wilayah Pahang Barat.
Lawatan pemantauan ini bertujuan :
1. Menilai status kemajuan pelaksanaan program / projek PROSPEK Raub yang telah selesai dan yang masih dalam pelaksanaan.
2. Memahami cabaran pelaksanaan projek berdasarkan laporan teknikal dan pemerhatian di lapangan.
Sepanjang lawatan, rombongan telah diberikan taklimat menyeluruh oleh pihak PKPP mengenai status terkini PROSPEK Raub merangkumi:
* Pencapaian kerja fizikal dan pembangunan infrastruktur.
* Sosioekonomi setempat yang terlibat.
* Impak semasa kepada komuniti dan peserta projek.
* Keperluan sokongan tambahan dari aspek teknikal, kewangan dan operasi.
Rombongan juga turut dibawa meninjau ke kawasan projek bagi melihat sendiri perkembangan di lapangan.
Semoga hasil daripada tinjauan serta pemerhatian sepanjang lawatan, diharapkan PKPP dan KKDW dapat:
* Mempercepatkan pelaksanaan projek melalui sokongan dan keputusan strategik daripada pihak KKDW.
* Mengukuhkan koordinasi antara kementerian, agensi negeri dan komuniti setempat, memastikan pelaksanaan projek lebih teratur dan berimpak tinggi.
* Meningkatkan kefahaman kementerian terhadap isu dan cabaran sebenar di tapak, seterusnya memudahkan penyediaan bantuan atau intervensi bersesuaian.