Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Program Memasak Bubur Asyura

Biro Kebajikan dan Sosial, Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (KESUKIP) telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura pada 23 Julai 2025 bertempat di perkarangan Ibu Pejabat PKPP.
 
Program ini bukan sahaja menjadi simbolik dalam memperingati peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam pada bulan Muharram, tetapi juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara anggota perkhidmatan melalui semangat bergotong-royong dan bekerjasama.
 
Selain daripada itu, program ini bertujuan:-
1. Memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan ukhuwah sesama anggota perkhidmatan PKPP.
2. Menyuburkan budaya kerja yang positif melalui aktiviti sosial dan kebajikan bersama.
 
Semoga program yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu simbol perpaduan dan kekuatan organisasi.