Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menyertai Program Mini MAHA Pahang 2025 yang telah berlangsung di Dataran Temerloh, Pahang pada 14-17 Ogos 2025.
Penganjuran Mini MAHA Pahang 2025 bertujuan mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan dari agensi dan jabatan Negeri Pahang, syarikat swasta dan orang perseorangan menerusi pengisian pelbagai segmen seperti pertanian, penternakan dan perikanan, pameran mekanisasi dan teknologi moden, jualan Agro Makmur dan buah-buahan, jualan makanan dan minuman dari usahawan tempatan, jualan produk industri asas tani serta pelbagai program menarik.
Kumpulan PKPP terlibat secara langsung selaku pempamer dengan mengetengahkan pelbagai perkhidmatan. Selain itu, Kumpulan PKPP turut menjual produk-produk berasaskan pertanian dan penternakan.
Semoga penglibatan PKPP di dalam penganjuran Mini Maha Pahang 2025 ini bukan sahaja sebagai menyatakan sokongan padu atas usaha-usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk meningkatkan lagi taraf industri pertanian negeri, tetapi juga menjadi ruang untuk Kumpulan PKPP menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak dan memasarkan produk-produk keluaran Kumpulan PKPP ke pasaran negeri dan negara.