Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) 2026 peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 24 September 2026 bertempat di Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah merasmikan sesi Flag Off aktiviti Ziarah Makmur di Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Pengurus Pelaburan Dan Korporat PKPP, Encik Megat Juhari Shazerin bin Nazeri mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menziarahi dan menyantuni lima (5) keluarga di dalam Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) peringkat Daerah Cameron Highlands.





