Program Sentuhan Rakyat Makmur 2026 peringkat Daerah Maran telah diadakan pada 29 Januari 2026 bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 2, Maran, Pahang Darul Makmur.
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah merasmikan sesi Flag Off di hadapan Masjid Felda Jengka 2 pada jam 9:00 pagi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Haji Ahmad Hisham bin Abdul Halim mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKPP telah menziarahi dan menyantuni lapan keluarga di dalam program tersebut.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Negeri Pahang dirahmati dan diberkati Allah SWT.