Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) Peringkat Daerah Cameron Highlands

Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Nazri Bin Abu Bakar yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah merasmikan Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) peringkat Daerah Cameron Highlands pada 21 Ogos 2025 di Dewan Puncak Arabella, Cameron Highlands.
 
Antara objektif program adalah :-
i. Membantu menyelesaikan segala isu dan masalah berbangkit yang dihadapi oleh rakyat.
ii. Meningkatkan penglibatan penjawat awam turun padang bertemu masyarakat serta bertindak sebagai ejen penyampai maklumat dan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan.
iii. Merapatkan jurang di antara penjawat awam dan rakyat.
iv. Meningkatkan imej kerajaan yang prihatin dan berkebajikan.
 
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP Dato' Hajah Sarwah Binti Mohamed Jusoh selaku wakil rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKPP turut hadir sebagai tanda sokongan penuh PKPP ke atas usaha murni Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.
 
Semoga segala usaha yang dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Negeri Pahang dirahmati dan diberkati Allah SWT.