YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaakob yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah merasmikan Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) peringkat Daerah Lipis pada 20 Februari 2025 di Kampung Bukit Betong dan Kampung Bukit Kota, Lipis.
Antara objektif program adalah :-
i. Membantu menyelesaikan segala isu dan masalah berbangkit yang dihadapi oleh rakyat.
ii. Meningkatkan penglibatan penjawat awam turun padang bertemu masyarakat serta bertindak sebagai ejen penyampai maklumat dan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan.
iii. Merapatkan jurang di antara penjawat awam dan rakyat.
iv. Meningkatkan imej kerajaan yang prihatin dan berkebajikan.
En Megat Juhari Shazerin bin Nazeri, Pengurus Projek Sosial PKPP selaku wakil rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKPP turut hadir sebagai tanda sokongan penuh PKPP ke atas usaha murni Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Negeri Pahang dirahmati dan diberkati Allah SWT.