Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Transformasi Minda PKPP 2025 di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands pada 29 Mei 2025.
Seramai lapan (anggota perkhidmatan baru terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan pelaksana terlibat dalam program ini yang bermula dari 28 hingga 30 Mei 2025. Program Transformasi Minda (PTM) merupakan satu program wajib bagi semua kakitangan baharu dalam perkhidmatan awam yang akan membentuk nilai, etika dan jati diri penjawat awam yang cemerlang.
Tujuan utama PTM diadakan adalah :-
i. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;
ii. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
iii. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
iv. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil telah hadir semasa majlis perasmian penutupan program pada 30 Mei 2025.
Semoga semua peserta yang hadir dapat menghayati dan mengaplikasikan segala ilmu, nilai dan prinsip yang diperoleh sepanjang program ini dan akan menjadi titik tolak kepada perubahan dan penggerak utama dalam menjayakan visi serta misi PKPP dan kerajaan negeri Pahang secara amnya. Program ini adalah antara elemen yang ada didalam perancangan Pelan Strategik Kumpulan PKPP 2025-2029 yang memperkasakan pembangunan sumber manusia.