Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) terus menyemarakkan semangat patriotisme menerusi penglibatan Kontinjen PKPP dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 yang telah diadakan di Dataran Kemunting, Kuantan pada 31 Ogos 2026.

Dengan kekuatan seramai 36 orang Anggota Perkhidmatan PKPP yang tampil penuh bersemangat, berdisiplin dan berjiwa patriotik bagi memeriahkan sambutan bersejarah ini. Kontinjen PKPP pada tahun ini telah diketuai oleh Encik Muhammad Fadzrin Bin Mohd Ferhat.

Selari dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, setiap langkah Kontinjen PKPP bukan sekadar tanda semangat menyambut kemerdekaan, tetapi membawa satu tekad untuk terus melangkah bersama rakyat, menyumbang kepada pembangunan negeri dan melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi. Bagi anggota perkhidmatan PKPP, kemerdekaan bukan hanya untuk diraikan, tetapi untuk dihargai, dipelihara dan diterjemahkan melalui khidmat yang memberi manfaat kepada rakyat serta memastikan kesejahteraan dapat terus dinikmati bersama.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 1
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 2
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 3
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 4
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 5
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 6