Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) turut serta dalam perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan di Padang MBK 1, Kuantan pada 31 Ogos 2025. Berteraskan tema "Warga PKPP, Warga Produktif dan Patriotik", diharapkan dengan penyertaan kontinjen PKPP ini bukan sahaja mencerminkan semangat patriotisme anggota perkhidmatan kumpulan PKPP, malah memperlihatkan kesungguhan dan disiplin tinggi yang dipamerkan sepanjang latihan dan persembahan pada hari sambutan.
Penglibatan kontinjen ini diharapkan dapat memperkukuh semangat cintakan negara, kebersamaan, serta nilai integriti dan disiplin dalam kalangan seluruh anggota perkhidmatan kumpulan PKPP. Semoga ia menjadi penyuntik inspirasi untuk terus memberi khidmat terbaik demi kemajuan PKPP, negeri dan kesejahteraan rakyat Pahang.