Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Seminar Kebangsaan 2025 @ Natsem Ke-17

Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Hormat Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus bersama Pengurusan PKPP telah menyertai SEMINAR KEBANGSAAN 2025 @ NATSEM KE-17 pada 13 hingga 15 Julai 2025 bertempat di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bharu.
 
NATSEM 2025 yang bertemakan " Dari Perladangan Ke Pemeliharaan Kelapa Sawit Dalam Pengeluaran Minyak Sayuran Mampan " bertujuan menekankan kepentingan dan manfaat amalan lestari dalam industri sawit serta serius mengamalkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui inisiatif perintis, kerjasama yang berimpak tinggi serta inovasi berterusan.
 
Penyertaan Pengurusan PKPP dalam seminar ini merupakan satu komitmen untuk memperkukuhkan peranan PKPP dalam pembangunan industri kelapa sawit yang mampan, selaras dengan agenda nasional dan aspirasi global.
 
Melalui seminar ini, pihak pengurusan berharap dapat:
1. Menimba pengetahuan baharu memgenai inovasi, teknologi hijau, dan amalan terbaik dalam pengeluaran minyak sayuran secara lestari.
2. ⁠Membina rangkaian kerjasama strategik bagi memperkukuh ekosistem kelapa sawit negara.
3. ⁠Memperlihat idea-idea baharu yang berani yang boleh diterapkan dalam operasi PKPP demi memastikan kelestarian industri kelapa sawit negara.
 
Semoga dengan penyertaan NATSEM 2025 ini akan memjadi pemangkin kepada usaha PKPP untuk terus menyumbang secara signifikan ke arah industri sawit yang berdaya saing, mampan, dan berorientasikan masa depan.