Bersempena Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kumpulan PKPP 2025-2029, satu sesi Townhall telah diadakan di Hotel Zenith, Kuantan pada 25 Februari 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus telah membentangkan Pelan Strategik Kumpulan PKPP bersama-sama Pengurus-pengurus Besar Kumpulan PKPP iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd., LKPP Property Sdn. Bhd., PKPP Agro Sdn. Bhd., PKPP Plantation Sdn. Bhd., Kenanga Utuh Sdn. Bhd. dan Techmed Ted Sdn. Bhd.
Sesi Townhall ini bertujuan menerangkan serta memperjelaskan kepada warga kerja halatuju yang perlu dicapai oleh Kumpulan PKPP di dalam Pelan Startegik Kumpulan PKPP 2025-2029.
Harapan daripada sesi ini, warga kerja Kumpulan PKPP dapat memahami untuk mempastikan agenda dan perancangan Kumpulan PKPP dapat dilaksanakan untuk kemajuan Kumpulan PKPP khasnya dan Negeri Pahang amnya.
"Kumpulan PKPP ke arah Pertanian Lestari dan Inklusif menjelang 2030".