Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Upacara Penyerahan Bendera Malaysia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67

Semangat sayangkan negara harus dizahirkan oleh setiap warga sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan. Menyertai sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat, mengibar jalur gemilang di rumah/premis merupakan sebahagian tanda menghargai kemerdekaan negara.
 
Itulah pesanan Ketua Pegawai Eksekutif PKPP di dalam majlis meraikan kontinjen perbarisan PKPP sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 67. Kontinjen pada kali ini dianggotai oleh 38 orang terdiri daripada anggota perkhidmatan di Ibu Pejabat.