Bangunan PKPP Jalan Gambut 25990 Kuantan Pahang [email protected]

Ziarah Kasih Anggota Perkhidmatan PKPP

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Yang Berusaha Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil bersama Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia PKPP, Cik Emilia Binti Zainal Abidin telah meluangkan masa melawat dua anggota perkhidmatan PKPP iaitu Encik Azlin Bin Abdul Halim dan Encik Aminuddin Bin Mat pada 22 Disember 2025 di Aurelius Hospital, Kuantan.
 
Ziarah ini bertujuan menzahirkan keprihatinan serta sokongan moral pihak pengurusan PKPP kepada anggota yang terkesan. Ucapan doa dan kata-kata semangat turut disampaikan agar kedua-dua anggota perkhidmatan diberikan kesihatan yang baik, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan.
 
Ziarah ini mencerminkan semangat kebersamaan dan nilai kekeluargaan yang sentiasa menjadi keutamaan dalam kalangan anggota perkhidmatan PKPP.