Bangunan PKPP, Jalan Gambut, Kuantan [email protected]
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP Kali Yang Ke 304 pada 27 Februari 2026 di De Rhu Beach Resort, Kuantan.
Pelbagai perkara penting dalam memperkukuh hala tuju PKPP dalam sektor pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit dan aktiviti pertanian yang dibincangkan dalam mesyuarat ini. Tidak ketinggalan, agenda kesejahteraan penduduk Negeri Pahang terutamanya Peserta Rancangan Sosial PKPP turut dibincangkan.
Semoga keputusan strategik dan mampan dari mesyuarat ini akan menberikan outcome yang terbaik kepada kemajuan PKPP khasnya serta pembangunan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang amnya.
PKPP komited untuk melaksanakan inisiatif yang berdaya maju serta menyokong dasar-dasar kerajaan negeri dalam memastikan sektor perladangan dan pertanian kekal mampan dan berdaya saing.
Seusai mesyuarat, YAB Menteri Besar Pahang bersama-sama semua Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Anggota Perkhidmatan PKPP menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang telah diaturkan dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.
Penganjuran majlis ini memberi ruang kepada semua anggota perkhidmatan untuk beramah mesra dengan ahli lembaga pengarah selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kerja berpasukan serta meningkatkan komitmen seluruh Anggota Perkhidmatan PKPP dalam memacu kecemerlangan PKPP.
YH Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus bersama-sama Pengurusan Kanan PKPP telah hadir ke sesi Pembentangan Prestasi Ladang-Ladang (PPL) PKPP sehingga 31 Disember 2025 pada 25 Februari 2026 di Swiss-Belhotel, Kuantan.
Turut hadir Pengurus Besar-Pengurus Besar dari tiga ejen pengurusan ladang-ladang kelapa sawit PKPP
iaitu:
1. LKPP Corporation Sdn.Bhd. ( LCSB);
2. PKPP Plantation Sdn.Bhd. (PPSB) dan;
3. PKPP Agro Sdn.Bhd. (PASB).
Pembentangan ini adalah bertujuan membentangkan prestasi ladang-ladang kelapa sawit PKPP sehingga 31 Disember 2025 serta perancangan untuk tahun 2026.
Selain daripada itu, turut dibentangkan:
1. Usaha penambahbaikan ladang-ladang PKPP dibawah tiga ejen pengurusan.
2. Prestasi bagi tanaman-tanaman lain seperti kelapa, durian dan longan.
Semoga segala perancangan serta usaha yang digariskan dalam sesi ini akan menjadikan Kumpulan PKPP sebagai agensi terunggul dalam bidang pertanian khasnya perladangan kelapa sawit di negeri Pahang.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan (JKP) PKPP Kali Pertama Tahun 2026 telah diadakan pada 12 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan PKPP Jalan Gambut, Kuantan.
Pengarah Pembangunan Negeri Pahang merangkap Ahli Lembaga Pengarah PKPP, YH Dato' Razihan Bin Azharuddin telah mempengerusikan mesyuarat ini.
Antara perkara yang dibincangkan:
1. Laporan Prestasi Kewangan Anak Syarikat dan Syarikat Bersekutu Kumpulan PKPP berakhir 31 Disember 2025;
2. Laporan Prestasi Pelaksanaan Pelan Strategik Kumpulan PKPP 2025-2029 berakhir 31 Disember 2025; dan
3. Pembentangan beberapa kertas cadangan pelaburan PKPP yang berpotensi.
JKP memainkan peranan yang penting di dalam meneliti peluang-peluang pelaburan sebelum pengesyoran dibuat untuk dipertimbangkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP.
Di dalam ucapan aluannya, YH Dato Pengerusi merakamkan penghargaan dan terima kasih khasnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PKPP kerana kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau untuk menerajui JKP.
Semoga dengan pengalaman yang dimiliki oleh beliau, akan dapat digembeling demi kemajuan PKPP.
Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pengurus-Pengurus Besar Anak Syarikat Kumpulan PKPP telah berlangsung pada 10 Februari 2026 di Bilik Gerakan PKPP, dipengerusikan oleh Yang Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus.
Mesyuarat ini bertujuan:
1. Menyelaras perkara-perkara berbangkit antara PKPP dan anak syarikat;
2. Menjadi platform tindakan dan keputusan segera;
3. Memperkukuh penyampaian maklumat dan hala tuju strategik Kumpulan PKPP; dan
4. Memberi ruang kepada Pengurus-Pengurus Besar melaporkan cabaran operasi, isu tadbir urus dan risiko utama syarikat.
Dalam masa yang sama, turut diadakan dua pembentangan oleh:
1. Puan Nazatul Niza Binti Nordin, Ketua Eksekutif Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), berkaitan pelaksanaan program latihan kemahiran dan TVET serta peluang berkolaborasi strategik bersama PKPP bagi sektor perladangan dan komoditi, selaras dengan keperluan industri semasa;
2. Topcon Positioning Asia (M) Sdn. Bhd. mengenai Pertanian Tepat (Precision Agriculture Solution).
Semoga hasil pertemuan ini dapat memperkukuh sinergi Kumpulan PKPP serta menyokong pembangunan sektor perladangan dan pertanian yang mampan, berdaya saing dan berteraskan teknologi moden demi kemajuan PKPP dan Negeri Pahang amnya.























